News — #damaleesignatures

Tahukah anda jenis jeans yang sesuai untuk nampak kurus dan langsing?

Posted by Taslimah Rahman on

Untuk sekian lamanya, miss D menyepi. Kali ni miss D nak kongsikan rahsia dengan pemilihan seluar jeans yang tepat, kamuorang boleh kelihatan kurus dan langsing.  Ketahui jenis-jenis potongan seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan kamuorang sehingga kelihatan seperti seorang blogger instafamous atau model-model di majalah.     1. Low-rise Jeans Jeans berpotongan rendah hanya sesuai untuk badan kurus sahaja. Pilihan kedudukan poket yang sedikit ke bawah daripada biasa memberi ilusi pemakai sedikit berisi. Tetapi, bagi kamu berbadan berisi boleh menampakkan perut kamu  menggeleber seperti mufin. Jadi, kamu harus pilih jeans yang terletak betul-betul pada paras pinggang. 2. Ultra Low-rise Jeans Berpotongan...

Read more →


Tips pakaian yang boleh nampak kurus

Posted by Taslimah Rahman on

Buat wanita-wanita diluar sana yang sering murung dek kerana susah nak mencari pakaian yang sesuai, miss D mahu membantu anda dengan menyediakan beberapa tip atau helah untuk anda nampak kurus ketika berpakaian. Jadi buang sifat tidak yakin dalam diri anda dan mulakan pembaharuan dalam hidup anda. Elakkan pakaian ketat Hindari pakaian atau seluar yang terlalu ketat sehingga menampakkan tubuh badan anda. Disebabkan tubuh badan kita mungkin lebih besar, maka cuba sesuaikan diri anda dengan memakai pakaian yang longgar namun masih mengekalkan potongan bentuk badan. Antara pakaian yang longgar yang mungkin anda boleh cuba termasuklah blouse, oversized shirt, kaftan dan banyak lagi....

Read more →


Rahsia sihat, cantik dan menawan untuk wanita 30-an

Posted by Taslimah Rahman on

Sedar tak sedar, usia sudah pun menjejaki angka 30. Waktu berlalu terlalu pantas. Pejam celik pejam celik tup tup banyak perkara yang sudah berlaku. Mungkin sekarang anda wanita berkerjaya yang sudah pun berumah tangga atau suri rumah sepenuh masa yang menguruskan anak2 dan suami. Dan mungkin anda berada di saat kemuncak dalam kehidupan ataupun sudah mempunyai kehidupan yang selesa. Jangan leka, apabila anda sudah memasuki alam 30 kerana sudah tentu keadaan badan dan kesihatan kita tidak sama seperti pada waktu umur 20-an. Potongan badan pun banyak yang 'lari' tak macam zaman anak dara dulu, tambahan yang sudahpun memiliki cahaya mata....

Read more →


Cara Memilih Baju Agar Kelihatan Kurus dan Langsing

Posted by Azreen Rosli on

Berikut ialah tips berpakaian bagi wanita supaya kelihatan kurus dan langsing:1. Kenali bentuk tubuhmuPertama sekali kenali bentuk tubuh badan kita terlebih dahulu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, baca artikel kami mengenai bentuk – bentuk tubuh manusia di artikel ini http://bit.ly/2im59jq Setelah mengetahui bentuk tubuh, proses memilih baju yang sesuai akan menjadi lebih mudah.2. Hindari pakaian yang terlampau longgar dan besarBanyak wanita melakukan kesalahan yang sama iaitu menggunakan pakaian longgar untuk menutupi bentuk tubuhnya. Sebagai wanita muslimah kita digalakkan berpakaian longgar tetapi jika terlampau longgar dan besar ia akan membuatkan kita semakin kelihatan besar atau gemuk. Sebaiknya pilihlah dan gunakan pakaian yang sesuai dengan...

Read more →


Tips Memilih Warna Pakaian Mengikut Bentuk Tubuh

Posted by Azreen Rosli on

Badan gempal dan tinggiIndividu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda. Badan kurus dan rendahJika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu...

Read more →