Tips pakaian yang boleh nampak kurus

Posted by Taslimah Rahman on

Buat wanita-wanita diluar sana yang sering murung dek kerana susah nak mencari pakaian yang sesuai, miss D mahu membantu anda dengan menyediakan beberapa tip atau helah untuk anda nampak kurus ketika berpakaian. Jadi buang sifat tidak yakin dalam diri anda dan mulakan pembaharuan dalam hidup anda.

  1. Elakkan pakaian ketat

Hindari pakaian atau seluar yang terlalu ketat sehingga menampakkan tubuh badan anda. Disebabkan tubuh badan kita mungkin lebih besar, maka cuba sesuaikan diri anda dengan memakai pakaian yang longgar namun masih mengekalkan potongan bentuk badan. Antara pakaian yang longgar yang mungkin anda boleh cuba termasuklah blouse, oversized shirt, kaftan dan banyak lagi.

2. Cetakan berjalur

Salah satu perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah dengan menggayakan pakaian yang mempunyai cetakan jaluran melintang. Ia akan  menampakkan tubuh badan anda lebih besar. Sekiranya anda peminat cetakan ini, pilih jaluran menegak. Namun jaluran menegak yang tebal juga tidak sesuai untuk anda yang bertubuh besar

3. Pilih warna gelap

Ada pendapat mengatakan pakaian berwarna hitam memberi ilusi kurus. Ya. Tepat sekali. Namun, jangan menghadkan diri anda untuk memakai pakaian berwarna hitam sahaja. Sebaliknya cuba warna-warna gelap yang lain seperti ungu gelap, merah hati atau biru gelap.

4. Pilih fabrik pakaian yang betul

Hindari diri anda dari mengenakan fabrik yang melekat di tubuh seperti spandex. Pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi efek flowing seperti Chiffon, kain cotton dan Crepe dan banyak lagi. Tak susah pun hendak mencari. Cuma memerlukan sedikit kerajinan dalam diri dalam usaha tampak cantik meskipun bertubuh gempal.

5.  Jeans

Buat penggemar jeans atau seluar denim, pilih denim potongan lurus. Ini memberikan efek lebih kecil pada kaki anda. Jangan gunakan denim seperti seluar skinny kerana ia akan membuatkan siapa yang melihat akan tertumpu pada peha dan kaki anda. Tambahan pula potongan seluar seperti ini sudah sudah tidak memberikan pengaliran udara untuk kaki anda. Keselesaan berpakaian juga diambil kira. 

Kalau suka dengan post ni jangan lupa share dengan kawan2 ya sayang2 semua.

 

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published