Rahsia sihat, cantik dan menawan untuk wanita 30-an

Posted by Taslimah Rahman on

Sedar tak sedar, usia sudah pun menjejaki angka 30. Waktu berlalu terlalu pantas. Pejam celik pejam celik tup tup banyak perkara yang sudah berlaku.

Mungkin sekarang anda wanita berkerjaya yang sudah pun berumah tangga atau suri rumah sepenuh masa yang menguruskan anak2 dan suami. Dan mungkin anda berada di saat kemuncak dalam kehidupan ataupun sudah mempunyai kehidupan yang selesa.

Jangan leka, apabila anda sudah memasuki alam 30 kerana sudah tentu keadaan badan dan kesihatan kita tidak sama seperti pada waktu umur 20-an. Potongan badan pun banyak yang 'lari' tak macam zaman anak dara dulu, tambahan yang sudahpun memiliki cahaya mata.

KENAPA JADI BEGINI?

Biasanya apabila kita mencecah umur 30-39 tahun, kesihatan wanita mula terabai. Mereka lebih cenderung dengan kerjaya, rumahtangga dan anak-anak yang semakin membesar. 

Secara saintifiknya, kesihatan wanita juga mula merosot kerana fungsi badan kita sudah menjadi kurang efisien. Maka, kita perlulah sentiasa peka dengan perubahan ini. Samalah macam kereta, kena servis seiring pertambahan usia.

 

UNTUK KEKALKAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN DIRI WANITA, JANGAN ABAIKAN LIMA PERKARA INI.

1. OTOT BADAN

Kalau nak bandingkan aktiviti pada waktu 20-an dulu mestilah tidak sama macam dulu, sekarang jalan sikit pun dah cepat rasa sesak nafas dan letih bila melakukan kerja2 berlebihan.

Alternatif : Lakukan regangan setiap pagi apabila bangun daripada tidur. Miss D ada terbaca apabila kita melakukannya setiap hari lama-kelamaan ia akan menjadi satu rutin. Bersenam juga adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan stamina.

 

2. PEMAKANAN

Perasaan tak kalau dulu makan banyak mana jam berapa pun mesti susah betul nak naik badan, sekarang biar 'control' makan macam kena pam saja kan badan ni. Biasalah apabila umur kita meningkat metabolisme badan juga akan menurun jadi kalau mau membakar lemak pun sudah tepu. huhu

Alternatif: Kurangkan makanan yang berproses seperti makanan dalam tin ataupun makanan segera. Ambil makanan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan dan kekacang. Sertakan juga sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet makanan seharian ya.

 

3. KESUBURAN

Orang dulu2 kata kalau dah berusia maka makin susah mau 'melekat' tetapi secara saintifiknya adalah kesuburan itu terjadi apabila kita memiliki kesihatan badan yang baik. 

Alternatif : Antara faktor kesuburan adalah yang boleh dikawal adalah kesihatan tubuh badan dan pemakanan yang sihat juga seimbang. Apa2pun apabila bercakap tentang anak, percayalah kepada ketentuan Allah, jangan berhenti berusaha dan berdoa.

 

4. KEPERLUAN BERJUMPA DOKTOR

Selagi kalau tidak sakit yang teruk, ataupun setakat batuk selesema, demam sikit2 memang taklah ke doktor betul tak? Jangan begitu, perlu untuk kita menyayangi diri kita sendiri kerana kalau bukan kita siapa lagi.

Alternatif : Setiap 2 tahun, buatlah saringan kesihatan untuk pemeriksaan darah tinggi dan kolesterol. Kesihatan dalaman wanita juga haruslah di periksa ya untuk mencegah daripada terkena barah payudara maupun kanser pangkal rahim. 

 

5. KULIT MUKA DAN BADAN

Gabungan stres, diet yang tidak seimbang, dan hormon boleh menyebabkan kulit kurang berseri dan kusam. Penggunaan cuci muka dan losyen badan yang tidak sesuai dengan usia juga menyebabkan kulit jadi kering.

Alternatif : Guna produk penjagaan diri yang sesuai dengan umur kerana ia membantu mengekalkan minyak semulajadi dalam badan. Amalkan juga petua-petua yang menggunakan bahan semulajadi sekali sekala.

 

Miss D harap post kali ni memberi manfaat kepada sayang-sayang semua ya. Kalau suka boleh la share kepada kawan2.

 

 

 

 

 

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published