News

Tutorial Tudung Pucci

Posted by Taslimah Rahman on

Fuhhh memang panas sekarang dengan tudung pucci atau ada yang panggil tudung turki ni. Kalau di Turki memang biasa digayakan tudung2 ala pucci ni dari ke pejabat, gaya kasual hingga beriadah. Miss D nak kongsikan beberapa video yang miss D angkut dari youtube ni untuk kesayangan miss D. Sampai mau juling mencari video yang sesuai. Kalau suka boleh share post ni ya sayang2 semua. Sumber youtube: Ariani

Read more →


Cara Memilih Baju Agar Kelihatan Kurus dan Langsing

Posted by Azreen Rosli on

Berikut ialah tips berpakaian bagi wanita supaya kelihatan kurus dan langsing:1. Kenali bentuk tubuhmuPertama sekali kenali bentuk tubuh badan kita terlebih dahulu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, baca artikel kami mengenai bentuk – bentuk tubuh manusia di artikel ini http://bit.ly/2im59jq Setelah mengetahui bentuk tubuh, proses memilih baju yang sesuai akan menjadi lebih mudah.2. Hindari pakaian yang terlampau longgar dan besarBanyak wanita melakukan kesalahan yang sama iaitu menggunakan pakaian longgar untuk menutupi bentuk tubuhnya. Sebagai wanita muslimah kita digalakkan berpakaian longgar tetapi jika terlampau longgar dan besar ia akan membuatkan kita semakin kelihatan besar atau gemuk. Sebaiknya pilihlah dan gunakan pakaian yang sesuai dengan...

Read more →


Tips Memilih Warna Pakaian Mengikut Bentuk Tubuh

Posted by Azreen Rosli on

Badan gempal dan tinggiIndividu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda. Badan kurus dan rendahJika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu...

Read more →


6 Tips Berkesan Menjaga Wajah & Kecantikan Kulit Untuk Wanita

Posted by Taslimah Rahman on

Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri . Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam. Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya. Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.    Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya.. Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan...

Read more →


Dapatkan kulit bebas cela tanpa memecahkan poket sendiri

Posted by Azreen Rosli on

Saban tahun tatkala usia semakin meningkat, begitu juga kondusi kulit kita terutamanya pada bahagian wajah. Jadi cara penjagaan kita semasa remaja dan awal 20-an sudah tentu tidak lagi dapat menampung keperluan kulit kita. Jadi bagaimana mahu dapatkan kulit lebih baik?Mari Miss D berikan lima cara mudah:  1. Pastikan tidur anda mencukupi   Ini mungkin agak sukar sekiranya kerjaya dan anak-anak tidak membenarkan anda menikmati tidur yang mencukupi. Tetapi seboleh-bolehnya pastikan anda mendapat tidur selama lima jam minimum.   Ini akan memberikan kulit anda cukup rehat dan waktu untuk baik pulih dengan baik.2. Periksa produk kecantikan anda   Adakah anda jenis...

Read more →