Warna Gincu Yang Terbaik Untuk Warna Kulit Anda

Posted by Taslimah Rahman on

Ketika anda ingin mendapatkan gincu bibir adakah anda pernah lalui perkara seperti gincu apa yang sesuai dengan warna kulit. Gincu warna ini padan atau tidak dengan warna kulit sebegini? Pernah atau tidak? Mesti pernah bukan! Kita sering keliru dengan warna gincu yang dijual, yelah terdapat pelbagai jenis dan manalah kita tahu apa yang sesuai dengan warna kulit kita bukan. Jika warna kulit sawo matang padan dengan warna gincu apa? Ataupun orang yang mempunyai warna kulit putih gebu sesuai atau tidak dengan warna gincu merah jambu, pucat atau tidak? Pelbagailah perkara bermain di minda. Nahh, jangan pening kepala kerana kami kongsikan beberapa tips untuk anda.

1. Light Skin Tones – Tona Cerah

Gincu terbaik untuk warna kulit sebegini ialah nude. Warna nude seperti peach ataupun merah jambu. Jangan sesekali kenakan warna coklat ataupun burgundy. Sekali sekala cuba tampil dengan warna merah darah ataupun merah biasa, nampak lebih anggun dan seksi.

Cadangan Gincu:

Screen Shot 2014-01-15 at 12.04.51 PM

2. Olive Skin Tones – Tona Kekuningan

Warna kulit ini masuk dengan semua warna gincu. Tidak ada limit. Yang terbaik ialah shimmery bronze dan merah jambu tenang, serlahkan penampilan malah anda kelihatan sangat natural. Warna yang perlu dielakkan ialah ungu dan juga coklat, wajah anda hanya akan pucat sahaja.

Cadangan gincu: Revlon Colorstay Mineral Lipglaze in Constantly Coral,  Revlon Colorstay Overtime in Constantly Coral dan juga L’Oreal Colour Riche Gloss in Soft Coral.

Screen Shot 2014-01-15 at 12.08.47 PM

3. Medium Skin Tones – Tona Sawo Matang

Warna seperti nude, oren dan juga merah jambu merupakan pilihan harian yang boleh anda pakai. Elakkan warna ungu dan juga kuning kerana ianya hanya membuatkan anda nampak suram dan pucat. Warna merah juga perlu dielakkan kerana ia membuatkan kulit wajah anda nampak terbakar.

Cadangan gincu: Clinique Long Last Lipstick in Merlot, Wet n Wild MegaSlicks Lip Gloss in Bronze Berry dan Almay Ideal Lipcolor in Bronze.

Screen Shot 2014-01-15 at 12.15.55 PM

4. Dark Skin Tones – Tona Gelap

Warna plum, merah ataupun coklat pilihan terbaik anda. Penggunaan harian boleh pakai warna seperti peach ataupun warna coklat caramel, malam boleh cuba warna merah wine – nampak lebih anggun dan seksi. Cuba juga warna seperti oren untuk tampil kelainan.

Cadangan gincu: Estee Lauder Hydra Lustre Lipstick in Spiced Coral, MAC Tinted Lipglass in Lychee Luxe, Make Up For Ever Lipstick in Flourescent Orange 201 dan juga Nars Lipgloss in Babe.

Screen Shot 2014-01-15 at 12.19.36 PM

5. Pink Undertones – Tona Putih Kemerahan

Jika ingin nampak natural, gunakan warna tona peach. Disebabkan anda punya warna kulit putih kemerahan jadi oren dan merah bata mampu tonjolkan diri anda.

Cadangan gincu: CoverGirl Wetslicks Amazemint Lipgloss in Freedom of Peach, Benefit Silky Finish Lipstick in Sugar Cookie serta MAC Lipstick in Russian Red

Screen Shot 2014-01-15 at 12.22.58 PM

6. Asian – Tona warna seperti orang cina

Bagi golongan warna asian pula, warna yang sesuai ialah warna seperti natural. Jika ditambah lagi dengan penggunaan lipgloss nampak lebih menarik dan menonjol.

Cadangan gincu: Maybelline Color Sensational Lipcolor in Coral Crush, Bobbi Brown Shimmer Lip Gloss in Coral Sand dan juga Nars Lipstick in Casablanca

Screen Shot 2014-01-15 at 12.26.53 PM

7. Middle Eastern 

Anda sememangnya sudah cukup menawan, dengan bentuk muka dan bulu kening yang panjang sudah membuatkan anda nampak berseri. Hanya tambahkan warna gincu natural nude sudah memadai.

Cadangan gincu: Almay Hydracolor Lipstick in Nude atau NYC Liquid Lip Shine in Cappuccino.

Screen Shot 2014-01-15 at 12.29.55 PM

8. Indian

Boleh dikatakan anda sesuai gunakan apa warna sekalipun. Untuk penggunaan harian, anda hanya perlu memakai gincu warna nude, oren ataupun merah jambu. Seperti biasa warna merah mampu menyerlahkan penampilan agar nampak lebih seksi dan anggun.

Cadangan gincu: MAC Lipstick in Meltdown, Nars Lipstick in Shanghai Express atau Clinique Superbalm Moisturizing Gloss in Mango

Screen Shot 2014-01-15 at 12.35.24 PM

 

Ingin dapatkan lipstick yang sama kualiti dan warna dengan brand international tanpa berbelanja lebih?Klik link ini http://bit.ly/2vkTCIl

 

Sumber: google

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published