Tips Langsing dan Nampak Tinggi

Posted by Azreen Rosli on


Siapa percaya dengan memakai style baju yang betul kita boleh kelihatan langsing dan nampak tinggi dari sebenar?

Miss D kadang-kadang ambik masa untuk bersiap sebab nak kelihatan cantik sebab bila kita rasa cantik, secara tak langsung kita akan rasa berkeyakinan diri yang tinggi dan memberikan aura positif pada orang sekeliling kita.

NAK TAHU?

Miss D hari ni kongsikan sedikit tips ya.

1. Pakai seluar "straight cut" atau lurus.
Bagi wanita yang mempunyai bentuk paha dan pinggul yang besar sebaiknya memakai seluar yang "straight cut" yaitu saiz di bahagian paha hingga ke bawah sama hingga ke ujung kaki ini akan membuatkan badan si pemakai kelihatan seimbang sekaligus memberi efek langsing dan nampak tinggi.

Ai pants - Emma Rachman (RM115)

2. Motif dan bentuk kerah leher.
Bentuk huruf v pada kerah leher baju akan memberikan efek leher jinjang. Motif garis-garis vertical pula akan memberikan ilusi tinggi dan ramping.

\

Naquill top - Azreenville RM199


3. Warna
Pilihan warna neutral seperti coklat, hitam, kelabu dan warna gelap lainnya juga memainkan peranan untuk kelihatan langsing.

Luna Top - Qyrayounaz RM179


4. Legging
Menggunakan legging berwarna hitam dan dipadankan dengan atasan tunik tertentu dapat membantu kita kelihatan cantik dan mempesona. Selain itu, pilihlah gaya atau model yang bersesuaian dengan keperibadian kita.

Aiko midi dress - Emma Rachman RM189


5. Aksesories
Adalah sangat penting untuk memilih aksesories, kasut dan bag yang tepat agar kelihatan bergaya. Kebanyakan kaum wanita mempunyai masalah menggunakan kasut tumit tinggi, jadi pilihlah tumit yang tidak terlalu tinggi atau wedges. Ini kerana kasut yang agak tinggi akan memberikan tubuh yang lebih jenjang. Selain itu, gunakanlah tali pinggang yang bersesuaian untuk membentuk pinggang, jauhi pemakaian aksesories yang berlebihan.

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published