Tips doa cantik berseri cara Islam

Posted by Azreen Rosli on

Memang tak dinafikan ada sesetengah wanita yang tak mengambil berat bab kecantikan, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Tanya pada diri korang, sejauh mana korang tekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan awet muda ?

Berbalik kepada petua kecantikan dan awet muda tadi, kepada yang belum amalkan boleh amalkan petua dibawah. Petua ini paling mudah untuk dipraktikkan , Insyaallah jika tidak sekarang, kesannya akan kelihatan apabila usia kita menginjak ke usia emas nanti.

Petua Mudah Untuk Kelihatan Cantik Dan awet Muda

1. Minum air suam sebaik bangun dari tidur.

Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.  Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

 

2. Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

Note: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak.

 

3. Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

 

4. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

 

5. Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

 

6. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.

SUMBER: 

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published