Tips cara tak masuk akal tapi terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah kesihatan anda

Posted by Azreen Rosli on

Ketika kamu menghadapi situasi buruk seperti kekejangan, batuk tak berhenti-henti atau badan berbau,kamu pasti ingin tahu apa penyelesaian ringkas dan mudah.

1.MATA KAMU MENJADI MERAH

Tutup mata kamu dan percikkan air sejuk untuk mengecutkan urat darah dengan pantas.



2.KULIT KAMU TERASA GATAL OLEH GIGITAN NYAMUK

Ubat gigi pudina akan mengurangkan rasa gatal.



3.HIDUNG KAMU BERDARAH

Tekan bahagian tengah hidung untuk menghentikan pendarahan.Kamu boleh juga letakkan cebisan brown paper bag di antara gusi dan bibir atas kamu.



4.KUKU IBU JARI KAKI MENCENGKAM DAGING

Lipat sekeping Scotch tape dua atau tiga kali dan selitkannya di antara jari dan ibu jari kakimu.



5.KAMU MENGALAMI SIDE CRAMP KETIKA BERLARI

Perlahankan larian dan sambung berjalan, letakkan tangan kamu di atas kepala, dan tarik nafas dalam-dalam beberapa kali.



6.BIBIR KAMU MENGELUPAS

Letakkan sedikit majerin,mentega,minyak zaitun pada bibir kamu dan biarkan selama beberapa minit sebagai pelembap dan kemudian bersihkan.



7.KAMU MENGALAMI PEDIH HULU HATI

Duduk tegak selama beberapa minit. Ia akan mengurangkan kesakitan.



8.OTOT KAMU MENGGELETAR KETIKA BERSENAM

Berhenti bersenam dan minum segelas air dan urut otot yang bermasalah sehingga ia relaks.



9.SAKIT GIGI MEMBUATKAN KAMU SENGSARA

Berkumurlah dengan air garam lebih kurang 30saat untuk menghentikan kesakitan yang kamu rasai.



10.BAHAGIAN DALAM TELINGA KAMU TERASA GATAL

Masalah ini disebabkan kelembapan yang terperangkap.Untuk atasi masalah ini, campurkan setengah titik air bersama setengah titik cuka, kemudian letakkan dalam telinga untuk mengembalikan pH yang normal.



11.KASUT TUMIT TINGGI SEDANG 'MENGGIGIT' KAKIMU

Lalukan ais di sepanjang tapak kaki dan tumit kamu selama beberapa minit. Rasa sakit itu mungkin disebabkan kaki kamu yang bengkak bergesel dengan kasut. Ais membantu mengurangkan bengkak.



12.KAMU BERCADANG MEMAKAI SANDAL TAPI BARU PERASAN ADA KETUAT DI KAKI

Sapukan dengan minyak zaitun, kemudian balut dengan bandage. Ketuat akan menjadi kurang jelas dalam beberapa jam.



13. BATUK BERKAHAK

Stim sedikit bawang, dan berdiri dekat dengannya sewaktu ia sedang dikukus. Memghidu asid sulfurik sudah cukup untuk membantu meleraikan mukus.



14. KAMU TERKENA JANGKITAN SALURAN AIR KENCING

Sementara nak pergi berjumpa doktor, minumlah jus kranberi kerana ia boleh menghalang bakteria UTI daripada melekat pada pundi kencing di samping membantu mengurangkan kesakitan.



15.PERUT KAMU BERASA KEMBUNG DAN BERANGIN

Cuba merangkak di tempat yang sesuai, goyangkan badan kedepan dan kebelakang sehinggalah angin dilepaskan.



16. KAMU PERASAN KEPALA ADA KELEMUMUR

Urut kulit kepala beberapa minit untuk melepaskan minyak semula jadi yang boleh mengelakkan pembentukan kepingan kelemumur di kepala.



17.MATA KAMU BERKEDIP-KEDIP

Meletakkan ketulan ais akan menenangkan kelopak mata kamu selepas 30saat.



18.SAKIT KEPALA BARU NAK MULA

Letakkan sudu dalam air sejuk atau masukkan dalam peti ais sehingga ia betul-betul sejuk bila disentuh. Tekankan ia di atas mulut kamu selama dua minit untuk mengurangkan kesakitan itu selama beberapa jam sehingga kamu boleh tidur.



19.KAMU ALAMI KEJANG OTOT SELEPAS BERSENAM

Teguk sedikit jus jeruk, ia bantu relakskan kekejangan yang kamu hadapi.



20. DAHI MELECUR AKIBAT STRAIGHTENER ATAU CURLING IRON

Sapukan kesan lecur tersebut dengan madu. Ia adalah sejenis agen antibakteria dan antiradang yang boleh dipercepatkan proses pemulihan.



21. KAMU DISERANG MIGRAIN

Masuk kedalam bilik gelap dan sunyi, kemudian lelapkan mata selama 30minit .Sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi boleh disebabkan migrain menjadi lebih teruk, jadi elakkan kesakitan dengan cara ini sehingga ubat penahan kamu mula berfungsi.



22. KAKI TERASA SEPERTI HAMPIR MELECET

Letakkan sekeping pita pada tempat yang melecet dan di bahagian dalam kasut kamu untuk membuat 'halangan' agar tidak bersentuhan antara satu sama lain.



23. KAMU TERGIGIT TEPI DALAM PIPI

Minum secawan teh daun resberi sejuk. Hirup dan biarkan dalam mulut selama satu minit sebelum kamu menelannya. Ulangi langkah sekurang-kurangnya dua kali setiap hari. Rasberi boleh membantu meredakan luka yang terbuka.



24. MATA SEMBAP BILA BANGUN TIDUR

Balutkan ketulan ais dengan tuala dan letakkannya pada kelopak mata kamu untuk satu minit.



25. KAMU RASA GIGI SEPERTI KOTOR TAPI KAMU TAK BAWA BERUS GIGI.

Buah-buahan atau sayur-sayuran yang rangup seperti epal atau lobak merah boleh membantu membersihkan plak dan cebisan makanan yang melekat di celah celah gigi.



26.  KAMU TERKENA SELUMBAR

Letakkan bahagian kulit pisang di kawasan yang terkena selumbar, kemudian letakkan pembalut. Enzim dari pisang akan bantu keluarkannya.



27. HIDUNG BERAIR DAN MENITIS

Masukkan air suam (campurkan sedikit garam jika ada) kemudian hembuskan hidung kamu. Masalah ini akan hilang untuk beberapa jam.



28. JARI TANGAN KAMU 'TERSEKAT' ATAU JARI KAKI TERHANTUK

Luruskan jari kamu dan tekan dengan kuat selama satu minit. Ini boleh mengelakkan dari jadi bengkak.




29. KETIAK KAMU BERBAU TAPI TIDAK SEMPAT UNTUK MANDI

Basahkan tisu dan lap bawah lengan. Letakkan sedikit sabun cecair untuk menyorokkan bau tidak enak yang disebabkan oleh bakteria.




30. KAKI KAMU BERBAU TIDAK ENAK

Letak bedak dalam kasut untuk keringkan peluh. Memakai stokin (bersih) akan menyerap lebih banyak peluh dan mengekang bau-bau yang masuk hidung.




31. KAMU BERASA CEMAS DAN JANTUNG KAMU BERDEGUP DENGAN KUAT DAN PANTAS

Urut pada bahagian pelipis (antara dahi dan telinga) dengan lembut sambil tarik nafas sedalamnya secara perlahan-lahan untuk buat kamu tenang dengan cepat.




32. KULIT TEPI KUKU TERTARIK DAN JARI MULA BENGKAK

Celupkan jari tangan ke dalam air garam. Ia akan mengurangkan bengkak dan risiko jangkitan.



33. TUMIT KAMU SAKIT KERANA MEMAKAI FLATS

Letakkan kaki kamu di atas botol air atau tin soda selama dua minit. Ini akan meregangkan lengkung kaki dan menyekat kesakitan pada tumit.



34. MATA KAMU SANGAT GATAL DISEBABKAN ALERGI

Basuh mata kamu dengan air sejuk.Rasa tidak selesa biasanya disebabkan oleh debunga yang tersangkut pada mata kamu. Membilas mata dengan air boleh menghilangkan kegatalan.



35.KAMU RASA TERLELAP SEMASA MESYUARAT SEDANG DIJALANKAN

Tarik nafas sedalam-dalamnya melaui mulut. Ia berfungsi sama dengan menguap- menghantar oksigen ke otak

Sumber: google

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published