Terbukti! Hilang 5 kg tanpa bersenam di bulan ramadhan ini apabila melakukan 8 cara ini sahaja!

Posted by Taslimah Rahman on

Mesti banyak yang bercita-cita time bulan puasa ini mau kuruskan berat badan kan?Betul tak? Kali ni miss D nak kongsikan pula macam mana boleh kuruskan berat badan sampai 2 ke 5 kilogram kalau sayang-sayang di luar sana amalkan tips-tips ni tau. Kalau berjaya nanti, jangan lupa share dengan miss D ya. 

Iya la time ni la nak nampak badan lawa, pakai baju raya pun lawa kan. hehehe. Jom baca sampai habis.

1. Jangan tinggal sahur

Jangan tinggal sahur walaupun hanya dengan sebiji kurma. Sahur adalah sunnah. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus jadi kita tinggalkan sunnah ini.

2. Makanan rendah kalori

Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak.

3. Pengambilan nasi / bihun / mee

Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, kamuorg boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal atau pun oat.

4. Minuman manis

Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. Minumlah air kosong banyak-banyak sebab air kosong selamanya kosong kalori.

5. Kuantiti makanan semasa berbuka

Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti.

6. Mulakan berbuka dengan kurma dan air manis seteguk sahaja

Miss D tahu kamuorg susah mau buat benda ini tapi percayalah dalam masa seminggu kamuorg boleh lihat sudah kesan pada perut kamuorg. Belajarlah untuk minum air kosong.

7. Lauk pauk jenis rebus

Untuk lauk berbuka, pilihlah  yang rebus-rebus atau pun bakar-bakar macam ikan masak asam pedas, ayam golek, ayam sambal ini contoh saja ya, jangan terliur pula. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus.

8. Sayur dan buah-buahan

Sayur dan buah-buahan adalah menu tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah makanan itu jadi seimbang dan memberi lebih bertenaga. Dan kamuorang tidaklah kurus dalam keadaan yang nampak letih.

Nanti cubalah tip-tip yang miss D dapatkan draped beebread blogger yang sudah try method ni ya. Katanya dijamin boleh hilang 2 hingga 5 kilogram. 

 

 

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published