Puasa tinggal beberapa hari lagi, mahu tau tips persiapan sebelum puasa?

Posted by Taslimah Rahman on

Marhaban Ya Ramadahan!

Bulan yang kita tunggu-tunggu dan rindukan, betul tak kesayangan miss D? Tinggal beberapa hari lagi mahu ramadhan. Jadi kali ni miss D mau share  perkara yang wajib kita lakukan sebagai persediaan menerima bulan ramadan bagi memudahkan dan sebagai persiapan untuk kamuorang dan keluarga tersayang, tak gitu?

Jom kita lihat lima perkara yang wajib kamuorang persiapkan.

1. Sediakan makanan yang boleh disimpan di dalam freezer

Selalu kalau bulan Ramadan, memang bergegaslah kita mahu pulang ke rumah tapi waktu begini selalunya sangkut juga disebabkan jalan yang jam/sesak. Jadi kalau kamuorang sudah sediakan makanan sejuk beku yang hanya perlu dipanaskan sahaja, pasti akan menjimatkan masa dan juga kamuorang tidak stress. Kalau tidak pun berjalan-jalan ke giant, seven eleven atau lainnya untuk lihat makanan yang hanya perlu dipanaskan sahaja. Banyak sekarang ni produk-produk sedemikian di luar.

2. Mengaji Al-Quran

Kalau perasan sekarang banyak sudah orang mula post di Facebook, macam mana mahu khatam Al-Quran dalam 30 hari. Walaupun ia diharuskan namun ia bukanlah wajib. Mengaji Al-Quran seharusnya dibaca dan difahami bukan sekadar membaca sahaja. Sebaiknya kita perlu memulakan mengaji dengan konsisten sebulan sebelum Ramadan. Tetapi belum terlewat jika kamuorang belum lagi mula membaca. Cuba mengaji dengan konsisten bermula malam ini. (sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit). Ustaz Azhar Idrus pernah berkata sebaiknya cuba mengaji sebanyak dua helai (empat muka surat) sehari. Jika tidak mampu, cuba sehelai (dua muka surat) sehari.

3. Pastikan anak-anak anda juga bersedia untuk menghadapi Ramadan

Jika anak-anak anda masih kecil (tetapi sudah boleh mula puasa), sediakan benda-benda yang menarik untuk menggalakkan mereka menyukai puasa. Contohnya, sediakan papan kenyataan '30 hari, 30 kebaikan'. Buat undian kebaikan yang perlu anak anda buat pada hari itu. Kebaikan yang mereka boleh lakukan adalah seperti memberi sedekah, menderma baju terpakai, memberi makanan kepada yang memerlukan, membersihkan surau atau masjid dan banyak lagi.Pastikan aktiviti ini dimulakan sebelum Ramadan agar ia dapat mencipta keseronokan untuk menikmati Ramadan dan ia boleh diteruskan sampai bila-bila. Ataupun upah la duit raya tahun ni lebih daripada tahun lalu. Kalau bapa miss D dulu, satu hari upah RM1. Jadi hari Raya dapatlah RM30 tapi ndak dapat di tangan masuk sana dalam tabung haji :)

4. Buang sikap negatif anda

Cuba untuk mengelak dari melakukan perkara-perkara yang berdosa dan sia-sia seperti mengumpat, bergosip, bercakap banyak, tergelak mengilai, mendengar muzik yang lara, menonton drama atau filem yang tidak memberi faedah dan lain-lain lagi. Banyakkan senyuman dan bercakap baik. Dan yang paling penting adalah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kamuorang dan juga meminta maaf akan kesalahan kamuorang kepada orang lain. Kesemua ini mampu memberikan ketenangan dan juga tenaga positif untuk menghadapi Ramadan. 

5. Tetapkan rutin anda sekurang-kurangnya 10 hari sebelum Ramadan

Mungkin sekarang agak terlewat namun tidak bermakna tidak boleh. Mulakan dengan bangun awal pagi (seeloknya sebelum azan Subuh) dan mengaji selepas selesai solat Subuh. Kedua-dua aktiviti ini mampu memberi kamuorang ketenangan dan kegembiraan untuk menghadapi hari ini. Jika kamuorang bekerja, mula pilih busana yang longgar dan belajar untuk melabuhkan hijab anda. Tidak ada maknanya jika kamuorang berpuasa seharian tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Gunakan hujung minggu ini dengan sebaiknya untuk melakukan persediaan yang sempurna untuk menghadapi Ramadan. Ingat, Ramadan hanya 1% sahaja puasa, 99% lagi adalah untuk berhubung dengan Allah S.W.T.

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published