Pilihan Rona Tudung dan Kulit yang sesuai dengan anda

Posted by Azreen Rosli on

Buat mereka yang berhijab, pastinya ingin tampil indah bergaya tiap hari . Alangkah lebih menawan jika mengenakan hijab yang selesa, sesuai dengan tona kulit serta serasi dengan rona baju pilihan hari-hari anda.

 

 

 

 

 

 

1) KULIT GELAP

 

Warna tudung paling ideal bagi kulit ini pastinya warna ceria dan cerah yang menyerlahkan penampilan diri. Sebagai contoh biru laut, pink, peach, hijau muda, lavender, pastel dan putih.

 

Elakkan pakai warna yang gelap dan terang seperti coklat, hitam, biru gelap, hijau gelap, merah bata, kuning dan oren kerana ia buatkan wajah makin malap.

 

Tona kulit gelap adalah tona kulit yang paling versatail berbanding tona kulit yang lain. Selain warna coklat atau mocha yang warnanya hampir sama dengan warna kulit asal anda, anda akan nampak cantik dengan kebanyakkan warna solid yang lain.

 

 

2) KULIT SAWO MATANG

 

Wanita Asia majaritinya miliki tona ini.Bagi menampakkan muka kita berseri-seri warna pilihan tentulah rona  krim, pastel, biru tua, maroon, ungu dan hitam.

 

Warna yang perlu dielakkan adalah merah, kuning, hijau tua, olive dan coklat tua.

 

Untuk gadis kulit bertona sederhana ini, beberapa bukti pilihan warna neutral yang baik adalah warna ivory, beige, sand, taupe, light blush, olive green dan camel juga pasti membangkit seri gaya anda.

 

 

 

 

3) PUTIH KEKUNINGAN

 

Bagi kulit jenis ini, dinasihatkan mengenakan tudung warna pink, merah dan biru.Warna krim, coklat dan oren tidak digalakkan dan jika boleh elakkan kerana penampakkan wajah pucat.

 

 

 

 

4) PUTIH CERAH

 

Tona kulit ini mudah dipadankan dengan kebanyakan jenis warna seperti gelap atau cerah. Namun diri akan lebih berseri apabila memakai tudung warna ceria dan terang.

 

Misalnya hitam, kelabu, merah, biru terang, ungu dan hijau terang. Awas, jauhi warna tanah, pastel, putih dan beige.

 

Bagi anda yang mempunyai tona kulit yang cerah, warna solid yang sesuai dengan anda bergantung sama ada kulit anda lebih bertona merah jambu atau kuning.

 

Antara peraturan yang umum, warna putih dan hitam tampak cantik untuk kulit yang cerah (walaupun warna hitam berpotensi untuk nampak kasar di kulit yang cerah).

Klik -->> http://bit.ly/2fgHt1T untuk lihat koleksi instant shawl umminajji 

Sumber: Google

 

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published