Menurunkan berat badan dengan lemon dan halia

Posted by Taslimah Rahman on

Siapa sangka hanya dengan menggunakan bahan yang ada di dapur pun boleh membantu kita menurunkan berat badan. ❤❤❤

✔Halia adalah bahan masakan yang senang kita dapatkan di dapur. Tapi tahukah kesayangan miss D bahawa halia mempunyai khasiat anti-inflamasi dan enzim yang terdapat dalam halia bagus untuk sistem pencernaan kita?

✔Halia juga dapat membantu menurunkan berat badan (Hihi ni yang siok baca kan) kerana fungsinya yang membantu melancarkan pencernaan sehingga meningkatkan metabolisme dan akhirnya dapat membakar lemak serta meningkatkan metabolisme badan. 

✔Lemon pula terkenal sebagai bahan alami yang dapat membantu mengempiskan perut. Kandungan vitamin C lemon yang tinggi bertindak sebagai antioksidan yang sangat efektik membilas racun di dalam badan, dan melawan retensi cairan. Jadi lemon sangat membantu dalam mendetox badan dan mengecilkan perut. Yay!!

BETUL KE HALIA DAN LEMON BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN MISS D?

Halia dan lemon bila dikombinasikan boleh meningkatkan metabolisme badan juga membuang toksik2 dalam badan itulah kenapa kita dapat mengurangkan berat badan. 

Tapi takkan makan mentah2 kan apa la tu rasanya. Hihi Miss D kan sayang kamuorang. Ni miss D nak kasi tau macam mana mau buat teh lemon + halia = teh leha cups cups buat kamuorang.

TEH LEHA CUPS CUPS

Masak air sampai mendidih lepas tu simpan di cawan kemudian masukkan satu ibu jari halia dan rendamkan selama 5 minit. Habis tu perahkan sedikit lemon dan minum. Minum sebelum sarapan ya.

MANFAAT LAIN HALIA DAN LEMON

1. Membantu membersihkan darah

Sangat baik dalam membersihkan darah boleh la lawan kolesterol2 dan melancarkan peredaran darah.

2. Memperkuat sistem kekebalan tubuh

Halia dan lemon ni kalau bergabung sangat bagus dalam memperkuatkan sistem kekebalan tubuh sehingga boleh menghalau flu, menghindar dari masalah pernafasan dan jangkitan kuman.

3. Bagus untuk kesehatan kulit

Lemon dan halia kan antioksidan. Jadi kalau nak kulit awet muda macam che ta, anjal dan lembap rajin2 minum teh leha cups2 ya.

4. Menyehatkan pencernaan

Sangat bagus ni kalau kamuorg susah mau 'membuang' jadi senang lepas tu mau keluar. Hihi... jadi tidaklah perut tu kembong saja kan. 🙈🙈🙈

AMARAN : Kalau ada gastrik jangan minum teh leha cups2 ya nanti memudaratkan.

Minum teh leha cups2 saja tak cukup tau sayang2 semua, mesti disertakan dengan beriadah, minum air putih yang banyak juga diet yang sihat.

Kalau bermanfaat jangan lupa share ya.

 

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published