Mahukan wajah bebas jerawat supaya nampak cantik waktu raya?

Posted by Taslimah Rahman on

Bulan puasa pun tinggal beberapa hari lagi, dan dalam sebulan selepas itu kita menyambut hari raya aidilfitri. Siapa yang tidak mahukan kulit wajah yang flawless sewaktu hari raya nanti? Kali ni miss D mahu kongsikan tips cara alami menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat tanpa berbelanja lebih.

Mau tahu? Harus baca sampai habis ya.

1. Dapatkan tidur yang cukup

Waktu kita tidur, pada saat itulah tubuh badan kita melakukan regenerasi yang membuat sel-sel kulit diperbaharui. Apabila kita kurang istirehat akan menyebabkan proses ini melambat dan akibatnya sel-sel kulit mati kita tidak dapat hilang dengan sempurna. Sel-sel kulit mati ini akan membuat jerawat yang datang nampak lebih teruk.

 

2. Kurangkan memakan fast food

Makanan siap saji atau fast food sudah dipastikan tinggi akan lemak dan kolesterol. Lemak yang berlebihan ini akan menyebabkan timbulnya jerawat tepat beberapa hari setelah makan makanan siap saji. Apa kata, kesayangan miss D gantikan dengan memakan sayur-sayuran atau buah-buahan kesukaan kamuorang dan kurangkan pengambilan fast food menjadi sebulan sekali?

 

3. Meminum air putih lebih dari 2 liter sehari

Air putih selain daripada dapat menhidrasi tubuh badan agar tidak mudah terkena penyakit, air putih juga sangat baik untuk kecantikan kulit. Air putih mempunyai fungsi detoks dimana ia dapat membantu membuang racun dan kotoran dalam tubuh. Jika bagian dalam tubuh badan kita sudah bersih, jerawat akan sangat susah mau menumpang di kulit muka kita. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih yang setara dengan 2 liter setiap hari.

 

4. Hindari stres

Stres secara pelan-pelan menggangu metabolisme tubuh badan dan menyebabkan hormon yang menghasilkan jerawat muncul, oleh itu stres hendaklah dikontrol dan dihindari. Sebetulnya cara untuk menghindari stres tidaklah begitu sukar, hanya simpankan waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti penghilang stres. Jika ada masalah di tempat kerja, cuba luangkan waktu sekitar beberapa minit untuk melakukan hal-hal yang kamuorang sukai.

 

5. Berolahraga secara teratur

Olahraga akan melancarkan peredaran darah di badan yang berperanan dalam mencegah jerawat. Selain itu, olahraga juga boleh menghilangkan stres apabila dilakukan secara rutin. Apa kata kamuorang melakukan olahraga kesukaan kamuorang setidaknya 2 sampai 3 kali seminggu setiap hari. Alternatif yang cukup mudah dilakukan adalah jogging, berbasikal atau zumba. Kesayangan miss D juga boleh la mengikuti damalee gym jika berminat. Boleh klik link ini untuk mengetahui fasiliti dan juga kelas yang dijalankan http://bit.ly/2rynNZZ . Ada aktiviti untuk kaum hawa, jadi selain cantik kulit badan pun boleh kurus.

 

6. Perbanyak fikiran positif

Salah satu pencetus rasa stres yang paling banyak adalah apabila kita banyak berfikiran negatif. Rupa-rupanya, apabila kita banyak berfikiran positif boleh membantu mencegah jerawat daripada hinggap di muka. Cuba motivasi diri kamuorang setiap pagi untuk menghilangkan stres.

 

7. Bersihkan wajah minima 3 kali sehari

Ingatlah bahwa wajah yang bersih merupakan kunci utama dalam pencegahan jerawat. Pastikan kita selalu membersihkan muka dengan sabun yang bersesuaian dengan kulit wajah yang baik setiap pagi sebelum memulakan satu aktiviti, waktu tengahari kalau miss D setiap kali solat, dan malam sebelum tidur, jangan malas tau kan nak cantik! Dengan kebiasaan kecil namun berguna supaya jerawat tak berani nak menempel di muka kita.

Kalau bermanfaat, jangan lupa kongsikan ya.

Sumber: google

 

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published