Ketahui keistimewaan bunga raya sehingga menjadi inspirasi pelancaran hibiscus shawl dari mizzT

Posted by Taslimah Rahman on

Hari Malaysia bakal kita sambut lagi pada 16/9 ini dan merupakan antara hari yang bersejarah bagi kita kerana pada tarikh keramat ini lah terbentuknya Malaysia yang melibatkan gabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara(Sabah).

Maka, untuk mengabadikan moment-moment ini, team design kami di damalee signatures telah bertungkus lumus dalam mencari idea untuk menghasilkan suatu karya yang menjadi kebanggaan kami dan rakyat Malaysia.

Maka terlahirlah hibiscus shawl dan bawal yang diaspirasikan dengan bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan kita pada 28 Julai 1960 oleh YAB Perdana Menteri pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra. 

Kenapa bunga raya atau Hibiscus Rosa Sinensis ini menjadi pilihan team kami? Kerana kami tertarik dengan cerita di sebalik pemilihan bunga raya ini. Ternyata kelopak bunga yang lima adalah merupakan lambang Rukun Islam dan Rukun Negara. Warna merah pula bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di Negaraku Malaysia tercinta.

 

Menarik bukan, oleh sebab itu amatlah menjadi kebanggaan kami kerana dapat menghasilkan sesuatu yang sangat bermakna untuk dikongsikan bersama rakyat Malaysia yang lainnya.

 #hibiscusshawl dari #mizzt boleh didapatkan secara eksklusif di butik kami kingfisher, likas atau kedai online kami dengan klik di link ini http://bit.ly/2fabHpC

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published