Kenali Personaliti Diri melalui Cara Anda Memegang Beg Tangan

Posted by Azreen Rosli on

Assalamualaikum sayang-sayang semua.

Kali ni miss D mau berkongsi hasil dari pembacaan miss D di internet. Rupa-rupanya cara kita memegang beg tangan juga boleh menceritakan mengenai personaliti diri kita yang sebenar. 

Fuyoo, menarik kan? Macam-macam jak pakar psikologi terkemuka Kathlyn Hendricks ni kan. Agak2 berapa lama la dia belajar cara orang pegang beg saja. hihihi. Tapi macam betul pula miss D baca2, jadi miss D kongsi la dengan kesayangan miss D mana la tau bermanfaat.

#1 Disangkut Pada Bahu Sambil Memegang Ia Agar Beg Sentiasa Berada Dekat Dengan Diri

Claudia-Schiffer-Coach-Shadow-Crossbody-Bag

Anda adalah jenis manusia yang sangat praktikal dan sungguh berhemah! Anda juga seorang yang pragmatik dari setiap segi.

#2 Disangkut Pada Bahu Namun Beg Dibiar Menghayun Secara Bebas

hilary-duff-chanel-boy-bag-0c5905c198b7d159a3fc5a12f4ce80c8-large-212342

Wanita sebegini adalah seorang yang periang, mudah bergaul dan tidak mudah terbeban dengan masalah yang dihadapi. Tahniah, kerana anda seorang yang begitu positif! 

Tetapi jaga-jaga, kita sebagai manusia harus berwaspada di dalam apa sekalipun yang kita lakukan jika tidak mahu merana kemudian. 

#3 Diselimpang Pada Badan Sambil Beg Terletak Di Bahagian Hadapan Tubuh

111

Sering berhati-hati dalam setiap perbuatannya. Sangat pemalu namun sering juga mempunyai perasaan teragak-agak. Anda adalah seorang wanita yang memiliki sifat berani, tidak lokek untuk mempertahankan diri. 

#4 Diselimpang Pada Badan Namun Beg Terletak Di Bahagian Belakang Tubuh (Hampir Dengan Punggung)

kendall-jenner-celebrity-style-fashion-model-t-by-alexander-wang-grey-black-rib-knit-dress-kenneth-cole-pony-calf-hair-slip-ons-celine-black-nano-crossbody-wildfox-winston-cat-eye-sunglasses

Cara seseorang wanita yang menggayakan beg dengan cara ini memperlihatakan dirinya yang bersifat berdikari. Dirinya ibarat seorang pahlawan. Jarang sekali mengambil kisah tentang apa yang orang fikirkan tentang mereka serta gaya mereka. Apa yang penting adalah kebahagian dan kesenangan yang mereka kecapi. Diri sendiri adalah yang paling mustahak!

#5 Disangkut Pada Pelipat Tangan Berhampiran Siku

2

Wanita sebegini cenderung untuk mempamerkan status dan pangkat diri mereka. Bukan bersifat angkuh, tetapi lebih berkeyakinan. 

Bukan itu sahaja, wanita yang sering membawa beg tangan seperti ini merupakan seorang yang praktikal kerana bebas bergerak tanpa batasan, mampu melakukan banyak pekerjaan dalam satu-satu masa.

#6 Menjinjit Beg Secara Bersahaja

How-Celebrities-Carry-The-Saint-Laurent-Classic-Monogram-Bags-9

Kadang-kala menjinjit beg yang kecil dan ada juga masanya mereka gemar menjinjit beg yang besar. 

Tetapi, apabila seseorang itu memilih untuk menjinjit beg mereka ke hulu dan ke hilir secara bersahaja, mereka sebenarnya mahu mempamerkan kepentingkan pangkat mereka, sangat berkaliber. Mereka beranggapan bahawa pekerjaan adalah sesuatu yang mustahak dan harus di pandang serius!

 

Sumber : Google

 

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published