FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA WHEN PURCHASE RM150 AND ABOVE

Awal Cerita Damalee Signatures Bahagian 1

Posted by on

Assalamualaikum sayang-sayang semua.

Hari ni miss D nak bercerita mengenai seseorang yang dekat dengan miss D. Beliau adalah salah seorang co-founder Damalee Signatures. 

Damalee Signatures ditubuhkan pada September 2013 yang bertujuan untuk membantu wanita terutama warga sabah untuk mendapatkan pakaian muslimah yang berkualiti, trendy, fashionable tetapi dengan harga yang berpatutan.

Damalee Signatures melihat bahwa kalau orang2 borneo terpaksa membeli secara online ataupun terbang ke kuala lumpur untuk mendapatkan pakaian muslimah ini. Ada juga feedback dari rakan-rakan dan keluarga yang bercerita bahwa mereka pernah ditipu apabila membeli online dan untuk ke kl bagi mendapatkan fesyen terkini adalah mahal (tambang kapal terbang dan penginapan contohnya)

Melihat masalah ini, Damalee Signatures mengambil peluang untuk membantu wanita-wanita di borneo terutamanya untuk mendapatkan fesyen pakaian muslimah terkini dengan harga berpatutan. 

Pada mulanya Damalee Signatures menjadi orang tengah dengan membawa masuk jenama-jenama pakaian dari kl namun kerana harganya yang mahal agak kurang mendapat sambutan di sabah. Oleh itu, kami mula membina rangkaian di mana kami mula membuat dan mereka pakaian kami sendiri.

Alhamdullilah sekarang kami mempunyai 5 jenama kepunyaan kami sendiri yaitu

Umminajji - Pakaian untuk muslimah yang inginkan syariah compliance namun tetap kelihatan cantik dan anggun.

Azreenville - Pakaian untuk wanita muda yang berkerjaya dan ingin kelihatan cantik, anggun, bergaya sehingga keyakinan diri mereka meningkat dan prestasi kerja terserlah.

Qyrayounaz - Pakaian untuk wanita muda yang mempunyai anak kecil dan masih menyusu badan tapi ingin tetap aurat terjaga dan kelihatan trendy.

Emma Rachman - Pakaian untuk wanita muda yang sukakan gaya kasual

DMNA - Merupakan satu2nya pakaian untuk lelaki muda yang sukakan kelainan serta solat ready

InsyaAllah miss D akan share lagi sejarah damalee signatures jatuh dan bangun kami.

Jom klik https://youtu.be/uAoLYbVD2nc untuk melihat interview CEO kami dr Nadiah Mohd Nazri.

← Older Post Newer Post →



Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published