4 trik pengayaan untuk nampak tinggi

Posted by Azreen Rosli on

hiasan
Semua wanita mahu nampak lebih tinggi. Tidak ada salahnya. Anda hanya perlu tahu beberapa tip dan helah fesyen berikut:
 
 
 
1) Cuba sarungkan celana denim 'flare'.
 

 
Anda mungkin fikirkan "Gila ke?!". Tapi percayalah tip ini. Helahnya adalah dengan memastikan ia 'slim' pada sepanjang pinggang ke pinggul anda dan juga pastikan pinggang celana berada di posisi natural pinggang anda.
 
Untuk efek yang optimim padankan celana denim ini dengan 'top' paras pinggang ataupun 'top' yang di 'tuck-in'. Jangan lupa sarungkan jaket atau kardigan bagi menutup bahagian pinggang dan pinggul untuk lebih 'modest'.
 
 
 
 
2) Jangan abaikan skirt 'maxi'.
 

 
Skirt 'maxi' yang berpotongan lurus tanpa 'volume' mampu memberikan anda ilusi ketinggian. Pilih skirt dari fabrik yang 'solid' dan berwarna polos yang mencipta garisan 'vertical' yang panjang.
 
Pastikan 'top' anda tidak kembang atau 'puffy'. 'Hemline' skirt juga mesti labuh tetapi tidaklah sampai anda tidak dapat berjalan dengan selesa, tidak lupa juga sepatu 'wedges' atau tumit tinggi juga amat membantu.
 
 
 
 
3) Busana satu warna 'head-to-toe'.
 

 
Penggunaan warna dalam menambahkan ilusi ketinggian adalah sangat efektif kerana ia membantu mencipta satu garis 'vertical'. Warna hitam 'head-to-toe' tidak boleh disangkal adalah paling ringkas dan 'chic' selamanya, warna 'solid' yang pekat seperti 'royal blue', 'emerald green' atau 'burgundy' juga berkesan. Helah menyarung monokrom: biar siluet 'tailored and crisp'.
 
 
 
 
4) 'Pointy flats'.
 

 
Memandangkan sepatu tumit tinggi bukanlah boleh dipakai setiap hari, 'pointy flats' merupakan opsyen yang terbaik. Mengapa? Kerana ia memanjangkan 'leg line' anda.
 
 
 
 
5) Sarungkan busana 'stripes' menegak.
 

 
Helah yang paling berkesan dan tertua sekali dalam hal ini. Garisan menegak mencipta garisan panjang, maka anda nampak lebih, well, tinggi. Bonus: Kini trend 'stripes' sudah kembali. Pastikan anda tidak terlepas menggayakannya.
Sumber: Google

0 comments

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published