FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA WHEN PURCHASE RM150 AND ABOVE

4 cara melicinkan kulit muka yang kita perlu tahu

Posted by on

Apapun masalah kulit kita, sudah semestinya kita mahu merawat kulit yang bermasalah ini dengan cepat sampai duit dihabiskan untuk membeli produk-produk kecantikan dengan harga yang mahal, meskipun tiada jaminan tentang keberkesanannya.

Nak tak, miss D kongsikan tips macam mana dengan tidal mengeluarkan sejumlah wang yang besar, kesayangan miss D dapat memiliki kulit muka yang cantik dan licin.

Berikut adalah beberapa cara melicinkan kulit muka serta petua tradisional yang kesayangan miss D boleh amalkan. Entri ini akan meliputi 6 bahagian:

  1. Kaedah #1 : Mencuci Muka dengan Betul
  2. Kaedah #2 : Exfoliate
  3. Kaedah #3 : Lembapkan Kulit Muka (Moisturizing)
  4. Kaedah #4 : Rawatan
  5. Tips Tambahan
  6. Amaran

Bersedia? Berikut adalah Langkah #1

Kandungan

Kaedah #1 : Mencuci Muka dengan Betul

cara licinkan kulit muka

Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya menginginkan kulit yang cantik bersih, kulit perlu dicuci dengan cara dan langkah yang betul.

1. Cuci Muka Setiap Hari

Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci kesayangan miss D perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan perlu mengamalkannya setiap hari, jika mahu mendapatkan hasil yang memuaskan.

Membersihkan muka dengan kerap bukan sahaja boleh mengembalikan kelembapanyang sesuai untuk kulit muka, bahkan ia juga boleh menyegarkan badan  kita.

2. Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat

Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka mudah kering.

Lagipun, sabun pencuci muka direka untuk kulit muka. Kebanyakan produk yang boleh didapatkan dipasaran memuatkan nutrisi dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit muka.

Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.

3. Bilas Dengan Sempurna

Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita, adalah terbaik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.

Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.

4. Keringkannya Dengan Betul

Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteriaKaedah #2 : Exfoliate

cara melicinkan kulit muka dengan cepat

Exfoliate ataupun terkelupas merujuk kepada proses sel kulit yang sudah mati terkelupas dari badan dan akan digantikan dengan sel kulit yang baharu.

Langkah ini adalah baik kepada anda kerana ia boleh menggantikan sel yang sudah rosak (penyebab kulit berkedut dan masalah kulit yang lain) dan mengembalikan keanjalan kulit muka, awet muda anda. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Buat Skrub Muka (face scrub)

Jika anda tidak biasa dengan istilah face scrub, ia adalah merujuk kepada topeng sementara yang dipakai untuk tujuan kecantikan, mengembalikan kulit muka yang cantik. Terdapat banyak produk face scrub ataupun face mask dipasaran dunia mahupun tempatan.

Namun, anda tidak perlu berbelanja banyak duit untuknya kerana anda boleh membuat face scrub sendiri. Cara-caranya adalah:

  • Campurkan 3 sudu serbuk penaik (baking soda) ke dalam satu bekas.
  • Tuangkan air yang secukupnya untuk membentuk scrub, jangan terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.

Baking soda/powder akan mengeluarkan sebarang kotoran atau sel mati yang berada di bahagian muka anda.

2. Basahkan muka dengan air suam

Sebelum anda menyapu scrub tersebut pada muka, anda perlu membasuh muka anda dengan air suam terlebih dahulu. Hal ini kerana untuk menanggalkan bakteria ataupun kotoran lain yang terdapat pada muka anda.

Aplikasi face scrub adalah sesuai diamalkan semasa mandi.

3. Gunakan exfoliant Pada Muka

Sapukan exfoliant ataupun face scrub yang anda buat sebentar tadi secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka (dengan berhati-hati).

Pastikan anda menyapu pada tempat-tempat yang ketara/kritikal seperti dagu dan dahi. Namun, elakkan daripada menyapu pada tempat berhampiran mata.

4. Gosok Pada Permukaan Muka

Setelah anda menyapu exfoliant tersebut, anda dikehendaki untuk menggosoknya dengan perlahan-lahan agar lapisannya sekata.

Selepas itu, anda digalakkan untuk membiarkan face scrub tersebut untuk seketika (antara 5-10 minit) agar baking soda/powder tersebut boleh bertindak balas dengan sempurna pada permukaan kulit.

5. Bilas dan keringkan muka anda

Selepas itu, bilas muka anda dengan air yang bersih dan lap dengan kain yang lembut.

Sekiranya kulit anda agak kering selepas bilas, sila baca langkah-langkah untuk melembapkan muka di bawah.

Kaedah #3 : Lembapkan Muka (Moisturizing)

cara berkesan melicinkan kulit muka

Selepas mencuci muka anda dengan pencuci muka yang sesuai ataupun menggunakan exfoliant, anda digalakkan untuk menggunakan pelembap muka (moisturizer) untuk mengembalikan kelembapan pada muka anda.

Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Guna Pelembap (moisturizer) Selepas Cucian Muka

Anda digalakkan untuk kerapkan penggunaan pelembap, lebih-lebih lagi selepas mencuci muka.

Mencuci muka boleh mengeringkan kulit muka anda, dan dengan menggunakan pelembap, ia boleh mengembalikan kelembapan kulit tersebut.

Sekiranya anda mengalami masalah jerawat, anda perlu dapatkan produk pelembap yang bebas minyak ataupun pelembap yang dibuat khusus untuk wajah yang berjerawat. Sama juga kepada kulit muka yang sensitif, anda perlu dapatkan produk pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

2. Gunakan Produk Pelembap yang Biasa

Untuk pengetahuan anda, produk pelembap muka yang biasa sudah memadai untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda.

Anda boleh memulakan amalan penggunaan produk pelembap ini dengan produk yang biasa-biasa dahulu.

Apa yang penting adalah mengamalkannya dengan konsisten.

3. Gunakan Pelembap yang Lebih Berkualiti

Sekiranya produk pelembap yang anda guna tidak mamadai, anda perlu beralih kepada jenama yang lebih berkualiti seperti Dove ataupun jenama yang lain (dan juga mungkin lebih mahal).

Namun, anda boleh mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.

4. Gunakan Pelembap dengan Berpada-Pada

Walaupun anda perlu menggunakan pelembap muka dengan kerapa, namun jangan menggunakan moisturizer secara berlebih-lebihan kerana ia boleh memudaratkan kulit muka anda, bukannya sebaliknya.

Adalah terbaik bagi anda untuk membaca arahan produk pelembap tersebut secara teliti sebelum mengaplikasikannya.

Seboleh-bolehnya anda menggunakan produk pencuci muka dan pelembap yang sama untuk mengelakkan reaksi kimia yang mungkin memudaratkan muka anda.

Kaedah #4 : Rawatan dan Petua Tradisional

cara melicinkan kulit wajah secara tradisional

Setelah mengamalkan cara penjagaan kulit muka dengan betul, anda boleh menggunakan beberapa cara rawatan dan petua tradisional di bawah untuk mengembalikan kecantikan wajah anda. Dan sudah pasti, melicinkan kulit muka anda secara total.

1. Cuci Kulit Dengan Kunyit

Ya, anda boleh menggunakan kunyit untuk merawat kulit muka anda. Tidak percaya? Cara-caranya adalah seperti berikut: (mudah sahaja)

  • Campurkan satu sudu yogurt (yang biasa) dan satu sudu serbuk kunyit.
  • Gaulkannya sehingga menjadi satu pes.
  • Sapukan pada muka anda, pastikan tidak terkena mata.
  • Biarkan selama 20 minit.
  • Kemudian bilas dengan air

Namun, beberapa perkara anda perlu ambil perhatian jika berminat untuk mencuba cara ni:

  • Anda tidak digalakkan untuk mencuba kaedah ini dengan kerap sekiranya anda mempunyai kulit yang cerah. Hal ini kerana kunyit boleh meninggalkan kesan warna pada kulit. Nanti kulit anda menjadi kuning seperti dalam emoji.
  • Bilas mask tersebut dengan air yang bersih sahaja, jangan menggunakan sabun kerana ia boleh menanggalkan bakteria baik yang ada pada yogurt tersebut.
  • Kunyit juga boleh meninggalkan kesan warna pada kain dan baju. Jadi berhati-hati jika tidak mahu pakaian anda kotor.

2. Bersihkan Kulit dengan Cuka Epal (apple cider vinegar)

Dapatkan satu botol cuka epal dan tuangkannya sedikit ke atas tisu muka ataupun ke atas tuala muka. Sapukannya pada permukaan kulit yang berkenaan dan biarkannya selama 2 minit sebelum membilasnya.

Untuk bilasan, digalakkan untuk menggunakan air yang bersih sahaja tanpa sabun. Hal ini kerana sabun boleh menanggalkan bakteria semula jadi yang ada dalam cuka tersebut.

Ia akan memberikan bau yang kurang enak semasa penyapuan, namun akan hilang sebaik sahaja ia kering.

3. Guna Madu

Ini adalah salah satu cara yang popular, kerana ia mudah untuk didapati, murah dan senang. Madu seara semulajadi mempunyai banyak khasiat. Berikut adalah langkah-langkah melicinkan kulit muka dengan menggunakan madu:

  • Campurkan madu dan yogurt sehingga ia sebati. Kuantiti adalah mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
  • Sapukannya pada permukaan muka dan biarkannya selama 20 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih.

Amalkan kaedah ini setiap hari, nescaya anda akan mendapati perubahan dalam masa 1-2 minggu. Madu tidak mempunyai sebarang kemudaratan, jadi yang risau.

4. Guna Tomato

Anda boleh melicinkan kulit muka dengan menggunakan tomato. Tomato mengandungi banyak khasiat yang boleh mengembalikan dan pengekalkan kesihatan kulit, dan lebih-lebih lagi kulit muka.

Cara-caranya adalah:

  • Tumbuk separuh tomato sehingga menjadi pes.
  • Sapukan pada permukaan kulit secara sekata.
  • Biarkannya selama 10-20 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih .
  • Lap muka anda dengan perlahan-lahan.

Selain menjadikan tomato sebagai mask, anda juga boleh mengamalkan pemakanannya, jadikannya salah satu diet harian anda. Tomato sangat baik untuk kesihatan kulit.

5. Hindari dan Buang Semua Sumber Kotoran pada Muka

Kuman, bakteria, habuk, minyak dan lain-lain boleh menyebabkan muka anda tumbuh jerawat, kemerah-merahan, ruam, bintik-bintik hitam dan lain-lain.

Perkara-perkara tersebut mudah menghinggapi kulit muka anda melalui medium dan perlatan yang kerap ada persentuhan dengan muka anda. Antaranya adalah tangan, telefon bimbit, sarung bantal, cermin mata dan lain-lain.

Untuk mengelak daripada perkara tersebut daripada berlaku (selain menjaga kebersihan muka), anda perlu kerapkan membasuh peralatan tersebut.

Tips Tambahan Untuk Licinkan Kulit Muka

Inginkan tips tambahan dan berkesan untuk melicinkan kulit? Mungkin petua dibawah boleh membantu serba sedikit:

  1. Gunakan pengikat rambut untuk mengurangkan persentuhan rambut dengan muka.
  2. Basuh tangan sebelum menyentuh muka. Perkara ini telah terbukti bahawa ia boleh mengurangkan perbentukan bakteria pada permukaan muka – yang mana boleh menyebabkan jerawat dan bintik-bintik hitam.

Amalkan semua perkara di atas sebelum anda masuk tidur boleh memberikan kulit anda licin pada keesokan hari.

Namun, perkara ini mengambil masa dan konsistensi. Rileks!

Amaran Semasa Penjagaan Kulit Muka

Walaupun anda sudah mengetahui cara-cara berkesan untuk melicinkan kulit muka, anda juga perlu mengambil tahu beberapa perkara yang anda perlu elak untuk menghindari perkara-perkara yang tidak diingini.

  1. Pastikan bahawa bahan-bahan yang dinyatakan di atas tidak masuk dalam mata anda semasa menyapu pada muka.
  2. Amalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan yang seimbang boleh memberikan anda kulit yang sihat dan cantik.
  3. Ingat, semasa membilas muka, anda perlu menepuk (pat), bukannya menggosok (rub).
  4. Jangan sapu mask muka berhampiran dengan bahagian mata.
  5. Jangan menggunakan tuala muka yang kasar, pilih yang lembut.
  6. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, anda digalakkan untuk mencuba cara-cara di atas dengan kadar yang sedikit terlebih dahulu.
  7. Sekiranya semua cara-cara di atas tidak memberikan sebarang kesan, sila rujuk doktor pakar kulit.

 

Sekiranya artikel ini bermanfaat, jangan lupa share kepada kawan-kawan ya.

 

← Older Post Newer Post →



Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published