FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA WHEN PURCHASE RM150 AND ABOVE

13 Tips Berpakaian Bagi Wanita Berpostur Pendek Bahagian 2

Posted by on

Hi sayang-sayang semua,

Mesti tak sabar nak tahu tips seterusnya kan? Apa kata Miss D  sambung pula cerita semalam. Jangan lupa practice juga tau sayang-sayang semua. Hari ni kita nak sambung tips. Excited tak? 

 

6. Seluar dengan proporsi yang tepat.

Seluar panjang seperti jeans dan bahan adalah bawahan yang paling sering kita pakai setiap harinya. Sebagai wanita bertubuh pendek bentuk seluar terbaik ialah seluar model boot cut atau jeans dengan jenis melebar dibawah. Hindarilah seluar yang kecil dibawah atau seluruhnya lebar.

 

7. Jauhi seluar yang bergantung

Aiko oversize blouse - Emma Rachman RM110

ER patch jeans -Emma Rachman RM189

Seluar  “bergantung” adalah salah satu model seluar yang mesti dihindari untuk postur tubuh pendek kerana akan membuat kaki seakan lebih berisi. Sedangkan, seluar panjang dengan model menutupi seluruh bagian mata kaki sampai kasut  akan membuat kaki anda semakin terlihat panjang.

 

8. Hindari fabrik kain tebal 

semakin tebal baju, gaun atau seluar Anda maka wanita pendek akan terlihat semakin lebar dan pendek. Jadi pastikan memiliki bahan yang tipis dan sesuai untuk Anda gayakan.

 

9. Pilih belt tipis

Memakai ikat pinggang yang besar akan membuat tubuh Anda seakan ter-blok dan membuat ilusi tubuh yang pendek. Jika Anda hendak memakai belt, maka pilihlah tali pinggang yang tipis kecil sehingga tidak akan membuat penampilan Anda termakan oleh belt Anda sendiri.

10. Gunakan pakaian berwarna gelap

Pakaian berwarna gelap akan membuat Anda tampil lebih sleek dan ramping. Memakai baju berwarna hitam akan menciptakan siluet yang tegap dan tinggi bagi wanita bertubuh pendek

← Older Post Newer Post →



Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published